Assalamualaikum umat Nabi Muhammad SAW sekalian. saja mok berkongsi pengetahuan.
HUSNUL KHATIMAH :
(PENGAKHIRAN YANG BAIK)
SU'UL KHATIMAH :
(PENGAKHIRAN YANG BURUK)
Kedua-duanya mempunyai maksud iaitu pengakhiran.
Setiap manusia yang ALLAH ciptakan didunia ini akan menempuh alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju ke akhirat iaitu kematian.
Dalam lain perkataan, setiap manusia akan mati apabila tiba waktunya.
Ini lah hakikat yang wajib diterima sebagai orang Islam yang beriman.
Maksud pengakhiran ini adalah bagaimanakah kematian kita nanti.
Apakah berakhirnya dengan baik atau buruk ? Waallah'hualam.
“Katakanlah (wahai Muhammad) :
Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya”. (Surah Yunus, ayat : 49)
“Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan”. (Surah Yunus, ayat : 56)
Sebelum menuju kepada kematian, kita akan menempuh alam kehidupan.
Pilihan adalah di tangan kita sendiri samada memilih laluan hidup kita pada jalan yang benar atau salah.
Allah SWT telahpun menyediakan panduan mengikut syariatnya.
Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan untuk hambaNYA.
Semua persoalan dan jawapan terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah yang akan menjadi penyelamat semasa kita hambaNYA menghadapi sakaratul maut.
Biarlah perginya kita menemui Ilahi dalam redhaNYA.
Biarlah pada saat nyawa hendak diambil, kita mampu melafazkan dua kalimah syahadah.
Biarlah perginya kita meninggalkan segala kebaikan.
Sentiasa lah berdoa kepada Allah SWT semoga kita tidak tergolong antara manusia yang berisiko dimatikan dalam Su’ul Khatimah, jahil dalam ilmu tauhid, tidak mensyukuri nikmat Iman dan Islam, derhaka kepada kedua ibubapa, zalim kepada sesama manusia ataupun haiwan dan sebagainya.
Sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, setiap pengakhiran biarlah berakhir dengan baik atau Husnul Khatimah. Usaha ini datang dari kita sendiri. Kalau tiada usaha, manakan mungkin dapat Husnul Khatimah.
Bila kita terlupa dan terleka dengan dunia, ingatlah kematian.
Kerana dengan mengingati mati kita akan kembali kejalan-Nya.
'ANDA BUAT,ANDA DAPAT'
Wasalam.
No comments:
Post a Comment