Monday, May 13, 2013

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

 Iman tidak tetap dan tidak teguh.

Imannya berubah-ubah mengikut keadaan, sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran (hidup umpama lalang).

✖ Tindakan sentiasa berubah. Misalnya, di dalam tempat beribadah dia akan mengikut orang beribadah, akan tetapi apabila tidak kelihatan orang maka dia mengikut kata hatinya yang sebenarnya menolak kebaikkan.

✖ Tidak tetap berkata-kata. Di hadapan orang mukmin, dia mengaku beriman dan memuji Islam, tetapi di belakang pula dia mengutuk Islam.

✖ Tidak ikhlas dan mengharapkan balasan apabila melakukan sebarang kebaikan terhadap orang lain. Mengharap kebaikkan yang telah dilakukan tadi akan mendapat balasan seperti wang ringgit atau pangkat mahupun harta benda.

✖ Jiwanya tidak tenteram. Sentiasa resah kerana terpaksa berpura-pura (hipokrit) dikhalayak orang ramai. Resah kerana tidak dapat mengikut kata hatinya yang menolak kebenaran.


Dunia adalah matlamat hidup dan tujuan utama. Cintanya pada kebendaan, pada keduniaan melebihi cintanya pada ALLAH SWT.


Semoga kita tidak tergolong dalam ciri-ciri orang yang munafik. Didiklah jiwa untuk berkata benar dan jujur di depan mahupun di belakang kita sesama hamba ALLAH, kerana dalam situasi apapun ALLAH sentiasa ada. Bersama-samalah kita mencari keredhaan ALLAH SWT.

INSYA-ALLAH. wasalam.

No comments:

Post a Comment